SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hab baru di Tampines untuk jaga keperluan kesihatan dan sosial warga emas

Hab baru di Tampines untuk jaga keperluan kesihatan dan sosial warga emas

Sep 22, 2018 | 6:55 PM

Hab baru di Tampines untuk jaga keperluan kesihatan dan sosial warga emas

HAB WARGA EMAS: Our SilverCare Hub merangkumi dua kemudahan penjagaan kesihatan dan sebuah pusat jagaan warga emas di Our Tampines Hub.
HAB WARGA EMAS: Our SilverCare Hub merangkumi dua kemudahan penjagaan kesihatan dan sebuah pusat jagaan warga emas di Our Tampines Hub. - Foto KEVIN LIM

SEBUAH hab baru yang bertujuan memenuhi keperluan kesihatan dan sosial penduduk warga emas di bahagian timur Singapura dilancarkan hari ini (22 September).

Dinamakan Our SilverCare Hub, ia merangkumi dua kemudahan penjagaan kesihatan dan sebuah pusat jagaan warga emas di Our Tampines Hub.

Meskipun setiap kemudahan itu mempunyai kakitangan sendiri, mereka bekerja rapat dengan satu sama lain bagi menawarkan pelbagai khidmat termasuk fisioterapi, penjagaan harian bagi demensia, pemulihan masyarakat, kaunseling dan jagaan asas.

Hab itu dilancarkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines di Our Tampines Hub.

Hab itu juga merupakan kerjasama antara Hospital Besar Changi (CGH), pusat jagaan warga emas St Andrew's di Tampines, Pusat Kesihatan Masyarakat Eastern dan Klinik Perubatan Keluarga Tampines.

Timbalan ketua eksekutif kumpulan Sistem Kesihatan Daerah SingHealth, Profesor Madya Adjung Lee Chien Earn, berkata hab itu juga membolehkan penduduk warga emas yang tinggal di bahagian timur Singapura mendapat jagaan yang menyeluruh dan bersepadu dalam masyarakat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg