SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Grace Fu: Singapura akan ambil tindakan tegas apabila hak kedaulatannya terjejas

Grace Fu: Singapura akan ambil tindakan tegas apabila hak kedaulatannya terjejas

Dec 8, 2018 | 7:25 PM

Grace Fu: Singapura akan ambil tindakan tegas apabila hak kedaulatannya terjejas

ISU MARITIM SINGAPURA-MALAYSIA: Cik Fu berkata Singapura ingin terus memelihara hubungannya dengan Malaysia tetapi apabila hak kedaulatannya terjejas, negara ini akan mengambil tindakan yang tegas.
ISU MARITIM SINGAPURA-MALAYSIA: Cik Fu berkata Singapura ingin terus memelihara hubungannya dengan Malaysia tetapi apabila hak kedaulatannya terjejas, negara ini akan mengambil tindakan yang tegas. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SINGAPURA tidak inginkan pertikaian maritim dengan Malaysia tetapi negara ini akan mengambil tindakan tegas apabila hak kedaulatannya terjejas, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu hari ini (8 Disember).

Menyifatkan Singapura dan Malaysia sebagai 'kembar', Cik Fu berkata Singapura ingin meneruskan dan memelihara hubungan bersaudara ini.

"Tiada siapa yang ingin ketegangan ini bertambah buruk tetapi apabila hak kedaulatan kami terjejas, kami harus mengambil tindakan yang tepat.

"Kami harus mengambil tindakan yang tegas namun kekal tenang," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri satu acara kemasyarakatan polis di Jurong East.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg