Premium
Ganjaran saling hargai usaha bersama
Ekoran pelancaran skim akreditasi peringkat negara, National Service (NS) Mark, perniagaan dan pertubuhan digalakkan menandatangani Deklarasi Sokongan untuk Perkhidmatan Negara dan Pertahanan Mutlak di samping memberikan komitmen mereka kepada NS. Mereka yang menunjukkan sokongan padu diiktiraf dengan Pengiktirafan NS Mark. Wartawan FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) mewawancara dua pemenang Anugerah Pejuang NS tahun ini.
Oct 2, 2016 | 5:30 AM
DIIKTIRAF ATAS SUMBANGAN NS: (Dari kiri) Encik Mak dan Encik Fahd telah diiktiraf atas sumbangan mereka kepada perkhidmatan negara. - Foto TAUFIK A. KADER -
SEBAGAI seorang anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Encik Fahd Mazlan memikul tanggungjawab penting dalam memastikan setiap latihan yang diadakan berjalan lancar.
Beliau banyak terlibat dalam membuat perancangan awal terhadap setiap latihan kerahan anggota NS setiap tahun meskipun mempunyai pekerjaan sepenuh masa yang tetap.

