Gangguan isyarat yang buat Laluan Circle tergendala serupa kejadian Sep

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gangguan isyarat yang buat Laluan Circle tergendala serupa kejadian Sep

Nov 2, 2016 | 3:41 PM

Gangguan isyarat yang buat Laluan Circle tergendala serupa kejadian Sep

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Stesen Bishan di Laluan Circle sesak pada pagi Rabu (2 Nov) disebabkan kelewatan kereta api dek kerosakan isyarat.
Stesen Bishan di Laluan Circle sesak pada pagi Rabu (2 Nov) disebabkan kelewatan kereta api dek kerosakan isyarat. - GAMBAR @ZOMGITSASHOk / TWITTER

KEROSAKAN isyarat yang menyebabkan perkhidmatan kereta api di Laluan Circle (CCL) tergendala pada pagi Rabu (2 Nov) mungkin serupa dengan beberapa kelewatan misteri yang melanda laluan itu selama seminggu pada September.

Satu kenyataan bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali CCL, SMRT, pada petang Rabu berkata siasatan awal menunjukkan gangguan isyarat mungkinan menjejas komunikasi.

LTA dan SMRT berkata sekiranya ia kerosakan isyarat serupa, mereka telah mengatur dengan Lembaga Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan pengendali rangkaian mudah alih untuk menggantung isyarat telekomunikasi sepanjang CCL bagi tempoh singkat untuk membantu siasatan.

Mereka tidak menyatakan berapa lama penggantungan akan berjalan atau bahagian mana akan terjejas.

Penggantungan sama perkhidmatan mudah alih dikenakan pada malam 2 Sept di empat stesen - Kent Ridge, Haw Par Villa, Pasir Panjang dan Labrador Park - selama dua jam.

Laluan itu mengalami gangguan isyarat sepanjang minggu tersebut, menyebabkan perkhidmatan kereta api perlahan, berhenti secara tiba-tiba dan terhenti.

Pada Rabu, SMRT mula memaklumkan penumpang pada kira-kira 7.30 pagi mengenai kerosakan isyarat "sekejap-sekejap" yang mengakibatkan kelewatan di sepanjang rangkaian itu.

Ia juga menyebabkan kereta api terhenti antara stesen Marymount dan Botanic Gardens arah ke Dhoby Ghaut, membawa kepada gangguan perkhidmatan antara Botanic Gardens dan stesen Serangoon hingga kira-kira 10.30 pagi.

LTA dan SMRT berkata sebagai langkah berjaga-jaga, semua kereta api CCL akan dikendalikan pemandu pada waktu sibuk petang bagi tindakan lebih pantas dan pemulihan.

Tenaga kerja tambahan juga akan ditempatkan di stesen kereta api untuk membantu pengguna.

Pihak berkuasa berkata selepas kelewatan pada September, tiada sebarang kejadian kerosakan isyarat serupa hingga kejadian pagi Rabu itu.

Sumber isyarat yang menyebabkan gangguan tersebut belum dikenal pasti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg