Premium
Forum memperkasa kaum bapa
Feb 23, 2017 | 5:30 AM
MEMBINA KELUARGA BERDAYA TAHAN: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin (berdiri), berdialog dengan lebih 200 bapa dalam forum di Sekolah Rendah Northland yang julung kali diadakan dalam acara anjuran Pusat Kebapaan (CFF) dan pergerakan Bapa Sepanjang Hayat (DFL). Panel lain termasuk (dari kiri) pengasas bersama CFF, Encik Edwin Choy; sukarelawan DFL yang juga mentor kumpulan bapa, Encik Tio Chong Heng; pengasas DFL, Encik Jason Wong; serta ketua pegawai eksekutif CFF, Encik Bryan Tan. - Foto THE STRAITS TIMES -
APABILA pelajarnya di politeknik mahu menjadi pemain komputer profesional, sebagai seorang pendidik beliau menggalakkannya malah membimbing remaja itu dengan mengajaknya berfikir laluan mana dan kriteria apakah yang perlu dalam merealisasikan impiannya.
Namun, apabila anaknya sendiri yang berusia 13 tahun melahirkan hasrat yang serupa, "jauh di lubuk hati ini saya menangis", luahnya sambil beraksi seolah-olah bakal rebah menyembam bumi, diikuti deraian tawa lebih 200 bapa yang mengisi dewan Sekolah Rendah Northland baru-baru ini.

