SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Firma S’pura disaran perluas strategi global

Firma S’pura disaran perluas strategi global

Mar 25, 2026 | 2:53 PM

Firma S’pura disaran perluas strategi global

ekonomi, Firma S’pura, strategi global, ketidaktentuan dunia
Dengan memberi tumpuan kepada masa depan sekarang, firma dapat meraih kelebihan awal dan berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk berkembang apabila keadaan dunia pulih. - Foto ST

Di tengah-tengah ketidaktentuan dunia yang semakin meruncing akibat konflik Amerika Syarikat-Israel dan Iran yang tiada tanda penyelesaian, inilah masanya untuk firma Singapura merancang strategi pengembangan ke pasaran antarabangsa.

Demikian saranan Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, menjelang keberangkatan beliau ke Jerman dari 25 hingga 28 Mac bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi.

Beliau menggesa syarikat agar berani meluaskan strategi sejagat dan tidak hanya tertumpu pada operasi di dalam negara.

“Keadaan ini mengingatkan kita bahawa ekonomi kita kecil dan terdedah kepada pengaruh luar yang boleh menggoncang kemantapan,” katanya.

Oleh itu, Singapura perlu memperkukuh teras ekonominya dengan meneroka peluang di luar negara.

Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, menekankan pelaburan di Amerika Latin, China dan Amerika yarikat sebagai kunci untuk mengakses ekonomi yang lebih besar dan menjamin kemantapan jangka panjang.

Usaha pengembangan ke luar negara adalah proses jangka panjang, tambah beliau.

Ia menuntut firma mengenal pasti pasaran sasaran dan sumber bekalan yang berdaya saing sejak dari awal.

Dengan memberi tumpuan kepada masa depan sekarang, firma dapat meraih kelebihan awal apabila keadaan sedunia pulih.

“Kita mesti tangani krisis semasa, tanpa mengabaikan strategi jangka panjang. Jika tidak, kita akan kembali ke titik permulaan dan kehilangan peluang,” tegasnya.

Namun, pengembangan ke luar negara turut membawa cabaran, termasuk kesukaran menyesuaikan diri dalam persekitaran asing dan mencari rakan tempatan.

Pemerintah telah menyediakan pelbagai skim sokongan untuk membantu proses perluasan antarabangsa ini.

Pengembangan luar negara bukan sahaja mengukuhkan firma Singapura, malah membuka peluang pekerjaan sedunia kepada rakyat Singapura.

Dalam Belanjawan pada 12 Februari, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengumumkan langkah seperti rebat Cukai Pendapatan Korporat (CIT) 40 peratus, sokongan geran yang dipertingkat, serta Geran Bantuan Kesediaan Pasaran (MRA) bagi firma yang ingin melebarkan sayap ke luar negara.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg