Faishal sanjungi jasa bakti kadi dan naib kadi mapan di S'pura
Pengguna Berdaftar
Faishal sanjungi jasa bakti kadi dan naib kadi mapan di S'pura
Feb 12, 2022 | 10:43 PM
KADI KONGSI PENGALAMAN: Dr Faishal baru-baru ini menemui sekumpulan kadi dan naib kadi mapan yang mengongsi pengalaman mereka membimbing pasangan Melayu/Islam di Singapura. - - Foto Facebook Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim
MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, pada Sabtu (12 Feb) menyanjung jasa bakti kadi dan naib kadi mapan dalam memperkukuh perkahwinan dan keluarga di Singapura.
Baru-baru ini, Dr Faishal telah menemui sekumpulan lapan kadi dan naib kadi, yang jika digabung pengalaman mereka, telah berkhidmat lebih 300 tahun dalam peranan itu.

