SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Faishal harap banduan duduki peperiksaan raih keputusan cemerlang

Faishal harap banduan duduki peperiksaan raih keputusan cemerlang

Sep 20, 2023 | 3:24 PM

Faishal harap banduan duduki peperiksaan raih keputusan cemerlang

PELUANG KEDUA: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tengah), berharap pelajar banduan raih kejayaan dalam akademik dan kehidupan bebas jenayah
PELUANG KEDUA: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tengah), berharap pelajar banduan raih kejayaan dalam akademik dan kehidupan bebas jenayah - Foto FACEBOOK ASSOC PROF MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar banduan dari Sekolah Penjara kerana mereka bersiap sedia untuk peperiksaan kebangsaan tahun ini.

Menerusi hantarannya di Facebook, Dr Faishal berkata hasil perbualannya dengan beberapa pelajar ini, mereka menyedari “pendidikan adalah kunci kepada kehidupan yang lebih”, selain berusaha memperbaiki diri.

Selain membuat persediaan peperiksaan dengan tekun, mereka turut mengambil bahagian dalam program seperti ‘Motivasi untuk Perubahan’ dan ‘Latihan Kemahiran Sosial’.

Melalui daya usaha sebegini tambah Dr Faishal, para banduan dapat mengasah kemahiran penting termasuk kawalan diri dan kemahiran membuat keputusan, dengan matlamat untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

“Selain daripada berharap agar mereka lulus dengan cemerlang, saya harap mereka juga akan mencapai impian dan rancangan masa depan mereka, dan menjalani kehidupan yang bebas jenayah,” kata Dr Faishal dalam hantarannya itu. 

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg