Premium
Estet dron Singapura pertama di One-north
Feb 6, 2018 | 5:30 AM

DRON BERTEMBANGAN: Singapura tidak mahu melepaskan peluang meraih manfaat daripada sistem pesawat tanpa pemandu inovatif (UAS). Dengan itu, dron dijangka lebih kerap dilihat berterbangan di sekitar one-north - hab kajian dan pembangunan di Buona Vista. - Foto fail -
ORANG ramai boleh menjangkakan lebih banyak dron berterbangan di sekitar one-north, sebuah hab kajian dan pembangunan di Buona Vista, yang akan diperuntukkan sebagai estet dron Singapura pertama.
Ini bermatlamat untuk menyediakan institusi kajian dan syarikat dengan sekitaran bandar bagi ujian sistem pesawat tanpa pemandu inovatif (UAS), lapor The Straits Times.

