Enterprise S'pore: 11 produk bayi dijual dalam talian tidak selamat
Premium
Enterprise S'pore: 11 produk bayi dijual dalam talian tidak selamat
Nov 6, 2019 | 5:30 AM
RISIKO KEPADA BAYI: Beberapa produk bayi seperti pendukung bayi, katil bayi dan kereta sorong bayi yang diuji Enterprise Singapore ini didapati mempunyai bahaya seperti pengikat yang tidak boleh menyokong berat bayi, bahagian yang boleh membuat bayi tercekik, atau brek yang rosak. - Foto ENTERPRISE SINGAPORE -
ENTERPRISE Singapore, agensi yang mengawal keselamatan produk pengguna, telah menguji 16 produk bayi yang dijual dalam talian dan mendapati 11 daripadanya tidak selamat.
Produk yang tidak selamat itu merangkumi empat pendukung bayi, empat katil bayi dan tiga kereta sorong bayi, kata agensi itu dalam satu nasihat kepada pengguna semalam.

