Eng Hen, Mattis sahkan hubungan pertahanan Singapura, Amerika
Premium
Eng Hen, Mattis sahkan hubungan pertahanan Singapura, Amerika
Jun 4, 2017 | 5:30 AM
BERAMAH MESRA: Dr Ng Eng Hen (kiri) seronok berinteraksi dengan Encik James Mattis semasa sesi makan malam kelmarin. Kementerian Pertahanan menyatakan Dr Ng dan Encik Mattis telah mengesahkan hubungan pertahanan yang cemerlang dan sekian lama antara Singapura dengan Amerika Syarikat. - Foto FACEBOOK DR NG ENG HEN -
MENTERI Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis semalam mengesahkan hubungan pertahanan cemerlang dan sekian lama di antara Singapura dengan Amerika Syarikat, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).
Berjumpa semasa sarapan di luar Dialog Shangri-La di Singapura, Dr Ng dan Encik Mattis membincangkan isu keselamatan dan kerjasama bagi menggalakkan kemantapan serantau.

