Eng Hen: AS dan China harus nyatakan objektif dasar luar di Asia
Premium
Eng Hen: AS dan China harus nyatakan objektif dasar luar di Asia
Feb 20, 2017 | 5:30 AM
MENGESAHKAN HUBUNGAN SINGAPURA-CHINA: Dr Ng (dua dari kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China, Cik Fu Ying (paling kanan), bertemu di luar Persidangan Keselamatan Munich kelmarin. - Foto FACEBOOK -
MUNICH: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menggesa kededua Washington dan Beijing supaya menyatakan objektif dasar luar mereka di Asia memandangkan Amerika Syarikat kini di bawah pentadbiran baru.
Berucap di Persidangan Keselamatan Munich semalam, Dr Ng berkata cara Amerika dan China saling berhubungan serta bersama negara Asia yang lain, akan mempunyai kesan besar ke atas kestabilan Asia Pasifik, termasuk di Timur Asia, Semenanjung Korea, dan Asia Tenggara, lapor akhbar The Straits Times.

