Dua orang cedera dalam kemalangan libatkan 5 kenderaan di AYE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua orang cedera dalam kemalangan libatkan 5 kenderaan di AYE

Sep 21, 2023 | 7:06 PM

Dua orang cedera dalam kemalangan libatkan 5 kenderaan di AYE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KESAN KEMALANGAN: Pasir menyelubungi beberapa kenderaan dalam satu kemalangan yang berlaku di AYE pada pagi 21 September 2023.
KESAN KEMALANGAN: Pasir menyelubungi beberapa kenderaan dalam satu kemalangan yang berlaku di AYE pada pagi 21 September 2023. - Foto TIKTOK/MUHMMADAPEK665

Dua orang dikejarkan ke hospital selepas satu kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya lima kenderaan berlaku di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pagi Khamis (21 Sep) dengan beberapa kenderaan terlibat diselubungi pasir yang mengalir keluar daripada sebuah trak.

Kesan kemalangan itu dikongsi beberapa pengguna di TikTok, dipercayai melibatkan dua lori pasir atau trak tipper, sebuah teksi dan dua van.

Dalam satu video dimuat naik oleh pengguna bernama muhamadapek665, sebuah teksi CityCab dihimpit antara dua van masing-masing berwarna perak dan putih yang berada di belakang sebuah trak.

View post on TikTok

Teksi dan kedua-dua van itu kelihatan diselubungi pasir berwarna kelabu dipercayai mengalir keluar daripada lori tersebut.

Salah satu van berwarna kelabu yang berada di belakang lori berkenaan kelihatan bonetnya remuk akibat kemalangan itu.

Sebuah lagi lori berada di belakang kawasan kemalangan tersebut juga kelihatan diselubungi pasir yang sama di bahagian pemandunya.

DILIPUTI PASIR: Lima kenderaan terjejas dalam kemalangan yang berlaku di AYU pada pagi Khamis.
DILIPUTI PASIR: Lima kenderaan terjejas dalam kemalangan yang berlaku di AYU pada pagi Khamis. - Foto TIKTOK/MUHMMADAPEK665

Dalam kenyataannya Polis berkata sekitar 10.20 pagi, ia menerima panggilan berkenaan satu kemalangan melibatkan dua lori tipper, dua van dan sebuah teksi di AYE.

Ia menambah seorang pemandu van wanita, berusia 35 tahun, serta seorang penumpang lelaki, berusia 39 tahun telah dikerjakan ke hospital dalam keadaan sedar.

Siasatan sedang dijalankan, kata polis.

*Artikel ini telah dikemas kini hasil maklumat terkini pihak berkuasa.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg