Setiap kali Aidiladha menjelang, umat Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan keinsafan, menghayati makna pengorbanan serta ketaatan kepada Allah swt.

Namun, di sebalik kemeriahan sambutan, masih ramai saudara seagama di kawasan pedalaman Indonesia dan Kemboja yang menanti Aidiladha dengan penuh harapan.

Bukan untuk kemewahan, sebaliknya sekadar peluang menikmati daging korban yang mungkin hanya dirasai setahun sekali.

Bagi sebahagian keluarga di sana, daging bukanlah hidangan biasa.

Ada anak-anak yang hanya mengenal nikmat itu ketika musim korban tiba.

Ada ibu bapa yang menunggu dengan penuh syukur agar dapat menyediakan juadah istimewa buat keluarga, walaupun hanya sekali dalam setahun.

Menurut Pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen, selama lebih 20 tahun, IbadahSg Pte Ltd komited memikul amanah ibadah korban masyarakat Islam Singapura dengan penuh tanggungjawab.

Setiap tempahan bukan sekadar diuruskan, malah dilaksana dengan tertib mengikut syariat, sambil memastikan agihan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti keluarga susah, anak yatim, pusat tahfiz dan masyarakat pedalaman.

“Sesungguhnya, setiap korban membawa makna yang lebih besar daripada sekadar ibadah tahunan. Ia menghadirkan kegembiraan kepada keluarga yang serba kekurangan, memberi nikmat makanan yang jarang dirasai, serta menyatukan hati melalui kasih sayang dan keprihatinan.

“Melalui ibadah korban, kita bukan sahaja menyempurnakan tuntutan agama, bahkan menjadi asbab lahirnya senyuman, kesyukuran dan doa daripada mereka yang menerima manfaatnya.

Justeru, jadikan Aidiladha 2026 ini lebih bermakna. Hulurkan korban anda dengan penuh ikhlas, dan biarlah ia menjadi jambatan rezeki kepada mereka yang menanti dengan penuh harapan,” jelas Ustaz Firdaus.

Pakej korban IbadahSg, seperti berikut:

Dua ekor kambing hanya $325, tiga ekor kambing berharga $475 manakala 10 ekor kambing pula ditawarkan pada harga $1,490.

Pakej ini sesuai untuk individu, keluarga, sahabat handai atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pahala dan manfaat korban bersama orang tersayang.

SEKILAS:

Cara Pembayaran:

1. PayNow ke UEN: IBADAHSG PTE LTD – 201729869D165.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 687-578757-001.

3. Cek atas nama IBADAHSG PTE LTD, dan dikirimkan ke Blok 137 Marsiling Road, #07-2010, Singapura 730137. Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon, dan niat korban.

4. Datang terus dengan pembayaran tunai di Blok 74 Toa Payoh Lorong 4, #02-29 Singapura 310074, dari 9.30 pagi hingga 2 petang. Hubungi Cik Maimoon Bee SKS Hameed di talian 8223-7530.

5. Bagi tempahan dan pertanyaan, hubungi Ustaz Syamil Masruhen di talian 8322-0460, Ustazah Mariah Masruhen (8339-3012), Encik Md Noh (8399-7390), dan Ustaz Firdaus Masruhen (9126-6444).