Topik diikuti
Pergi ke BHkuDua badan seni dapat 'rumah baru' di Wisma Geylang Serai
Dua badan seni dapat 'rumah baru' di Wisma Geylang Serai
ORKESTRA Melayu Singapura (OMS) merupakan antara dua kumpulan memperjuangkan seni dan warisan Melayu yang mendapat 'rumah baru' di Wisma Geylang Serai (WGS).
Kumpulan OMS akan mempunyai studio lebih luas di studio WGS yang terletak di tingkat empat berbanding tempat latihan mereka di Our Tampines Hub (OTH) sekarang.
