Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Wong lawat M'sia, bincang tingkat kerjasama dua hala

Sep 6, 2022 | 5:30 AM
 TINGKAT KERJASAMA: Encik Wong bertemu dengan Dato' Seri Hishammuddin semalam dan mereka antara lain berbincang tentang cara untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Singapura dengan Malaysia serta dalam Asean.
TINGKAT KERJASAMA: Encik Wong bertemu dengan Dato' Seri Hishammuddin semalam dan mereka antara lain berbincang tentang cara untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Singapura dengan Malaysia serta dalam Asean. -

TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang kini sedang mengadakan lawatan ke Malaysia telah bertemu dengan beberapa pemimpin negara itu serta tokoh politik lain dan personaliti perniagaan Malaysia.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Encik Wong ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Jun lalu.

Selain bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada hari kedua lawatannya semalam, Encik Wong juga telah bertemu dengan Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Mereka berbincang cara untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Singapura dengan Malaysia serta dalam Asean.

Sebelum pertemuan itu, Encik Wong juga telah memeriksa Kawalan Kehormatan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Beliau juga telah bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Mereka berbincang tentang bagaimana Singapura dan Malaysia boleh memperkukuh kerjasama kewangan dalam pelbagai bidang termasuk kewangan mampan, bayaran digital rentas sempadan, usaha memerangi penipuan serta kestabilan kewangan serantau.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, memulakan lawatan empat harinya ke Malaysia kelmarin dengan sesi bermain gitar dan teh tarik bersama Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Memuat naik gambar beliau bersama Tengku Zafrul bersama gitar mereka di laman Facebook beliau, Encik Wong yang juga Menteri Kewangan, berkata:

"Inilah yang berlaku apabila Menteri Kewangan Singapura dan Malaysia bersama.

"Kami bermain muzik dengan gitar yang dibuat di (Singapura dan Malaysia). Saya bermain (gitar) yang diperbuat di Malaysia manakala (Tengku Zafrul) bermain (gitar) yang diperbuat di Singapura!"

Encik Wong turut dijamu makan malam oleh Tengku Zafrul dan mereka bertukar pandangan tentang cabaran dan peluang bagi Singapura dan Malaysia di tengah-tengah pelbagai cabaran ekonomi sedunia dan perkembangan geopolitik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg