Premium
DPM Teo: Hubungan dengan Oman kini lebih luas
Oct 16, 2018 | 5:30 AM
MELUAS KERJASAMA: (Berdiri, dari kiri) Dr Tan, Encik Teo dan Sayyid Badr menyaksikan Encik Masagos (duduk, kiri) dan Mohammed Salem Al Tobi, Menteri Sekitaran dan Ehwal Iklim Oman, menandatangani MOU untuk bekerjasama menangani isu sekitaran. - Foto FACEBOOK TEO CHEE HEAN -
HUBUNGAN dua hala antara Singapura dengan Oman adalah mesra dan boleh terus dipupuk untuk memberi manfaat kepada kededua negara dalam jangka panjang, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Dalam kenyataannya, bagi merumuskan kunjungan Timbalan Perdana Menteri (DPM) Encik Teo Chee Hean ke Oman, MFA berkata Encik Teo bertemu Timbalan Perdana Menteri Majlis Menteri Oman Sayyid Fahd Bin Mahmoud Al Said.

