SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dewan hargai AP Muslim kekal bersemangat jalankan tugas meski puasa

Dewan hargai AP Muslim kekal bersemangat jalankan tugas meski puasa

Mar 6, 2026 | 4:39 PM

Dewan hargai AP Muslim kekal bersemangat jalankan tugas meski puasa

 COS, speaker, dewan, anggota parlimen, perbahasan, seah kian peng, AP Muslim
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad - Foto MDDI

Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, memuji dedikasi Anggota Parlimen (AP) Islam yang bersemangat menjalankan tugas meskipun dalam keadaan berpuasa. Pujian itu disampaikan dalam ucapan penutup perbahasan Belanjawan dan Jawatankuasa Perbekalan (COS) pada 6 Mac.

Encik Seah menyatakan bahawa inilah kali pertama keseluruhan perbahasan Belanjawan dan COS berlangsung sepanjang bulan Ramadan.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan Muslim kami yang terpaksa bekerja keras sepanjang tempoh ini di mana setiap hari berakhir jauh selepas waktu berbuka puasa,” katanya, disambut tepukan daripada Dewan.

Beliau turut memberi contoh bagaimana Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang hanya sempat meneguk air untuk membatalkan puasanya sebelum meneruskan tugas.

“Malam semalam (5 Mac), Menteri Masagos ketika berbuka puasa, meneguk air dan segera menyampaikan ucapannya. Kami menghormati semua rakan sekerja Muslim kami atas komitmen mereka terhadap tugas awam mereka,” ujar Encik Seah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg