Premium
Dengan ilmu, kini mampu tangani keluarga bermasalah
Jan 25, 2018 | 5:30 AM

SEMANGAT TINGKAT KHIDMAT SOSIAL: (Dari kiri) Cik Ilyani Burhan muncul sebagai pelajar terbaik program Diploma Lanjutan dalam Perkhidmatan Sosial dari Institut Perkhidmatan Sosial (SSI) dan terpilih pula menjadi penyampai ucapan perpisahan (valedictorian) sebagai menutup tirai pengajian, sementara Cik Hulwana Mohd Labib pula muncul sebagai antara tiga pelajar terbaik dalam kohortnya yang menerima Sijil dalam Pengajian Pendidikan (Pendidikan Khas) dalam Majlis Anugerah Pengijazahan SSI 2018 di Politeknik Republic, baru-baru ini. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -
Seramai 280 graduan dalam sektor perkhidmatan sosial menerima sijil, diploma, biasiwa dan anugerah mereka dalam majlis tahunan Institut Perkhidmatan Sosial (SSI) yang diadakan di Politeknik Republic baru-baru ini. HASLEEN BACHIK (hasleen@sph.com.sg) mewawancara sebahagian daripada mereka untuk mengetahui apakah yang mendorong mereka menceburi bidang yang dijangka berkembang itu.
SETELAH hampir 10 tahun menjadi guru prasekolah, termasuk perlu menangani murid dengan keperluan khas, Cik Ilyani Burhan mengakui bahawa beliau pernah sampai ke tahap lelah iaitu kehabisan daya mental dan fizikal ekoran tekanan kerja.

