Topik diikuti
Pergi ke BHkuDenda $60,000 bagi syarikat gagal lindung data sekolah
Data sekitar 48,000 pelajar, ibu bapa dan kakitangan dicuri penggodam

Denda $60,000 bagi syarikat gagal lindung data sekolah
SEBUAH syarikat pembangunan sofwe setempat yang bekerjasama dengan sekolah-sekolah di sini dikenakan denda $60,000 kerana gagal melindungi maklumat peribadi sekitar 48,000 pelajar, ibu bapa dan kakitangan pada 2016.
Menurut dokumen yang dikeluarkan kelmarin oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC), syarikat itu yang menawarkan teknologi pengambilan kehadiran telah mendedahkan sistem tersebut kepada serangan siber sehingga membolehkan penggodam mencuri data.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
