Premium
Dekati warga baru dan bantu golongan yang memerlukan
Jul 24, 2018 | 5:30 AM
BEKERJASAMA: Encik Razali (empat dari kiri, berbaju merah) bersama ahli Jawatankuasa Peneraju Integrasi dan Pewarganegaraan di Toa Payoh East-Novena menganjurkan beberapa kegiatan bagi menolong penduduk yang tinggal di estet kejiranan tersebut. - Foto PERSATUAN RAKYAT -
JUARA Penggalak Integrasi dan Pewarganegaraan (INC) merupakan sekumpulan pemimpin akar umbi yang aktif beramah mesra dengan warga baru di kejiranan dan menggalak warga baru menyertai kegiatan akar umbi menerusi pelbagai kegiatan dan projek. Melalui kegiatan serta projek yang diadakan, beberapa Jawatankuasa Peneraju Integrasi dan Pewarganegaraan telah diberi anugerah atas usaha mereka. Berikut adalah antara pemenang anugerah bagi mengiktiraf sumbangan mereka yang diadakan 13 Julai lalu. Laporan oleh SRI AFIQAH HAMIR (afiqahh@sph.com.sg)
MISI mereka adalah memberi peluang kepada warga Singapura yang baru untuk berintegrasi dengan penduduk tempatan.

