Topik diikuti
Pergi ke BHkuSediakan wadah untuk pelacuran, pasangan didenda dan dipenjara
Premium
Sediakan wadah untuk pelacuran, pasangan didenda dan dipenjara
Sediakan wadah untuk pelacuran, pasangan didenda dan dipenjara

HADAPI HUKUMAN: Liu Chin Guan dan isteri, Angela Lim Xiu Yan dipenjara dan didenda sejumlah $140,000 kerana mengendalikan sebuah laman Internet yang menggalak sindiket maksiat menjaja khidmat pelacuran. - Foto BH oleh WONG KWAI CHOW -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 10, 2018 | 5:30 AM
SEPASANG suami isteri yang menerima pendapatan $600,000 daripada sebuah laman web yang membolehkan pengendali perkhidmatan seks mengiklankan khidmat mereka, semalam telah dihukum penjara dan denda $140,000.
Liu Chin Guan, 36 tahun, diberi hukuman 21 bulan penjara dan denda $100,000 manakala isterinya, Angela Lim Xiu Yan, 32 tahun, dijatuhi hukuman lapan bulan penjara dan denda $40,000.
