Dapat sehingga $3 jika guna DBS PayLah! di pusat penjaja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dapat sehingga $3 jika guna DBS PayLah! di pusat penjaja

Feb 2, 2023 | 5:30 AM

Dapat sehingga $3 jika guna DBS PayLah! di pusat penjaja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SUBSIDI MAKANAN: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah (kiri), dan pengurus DBS Singapura, Encik Shee Tse Koon (kanan), bergambar dengan seorang pemilik gerai penjaja di Pasar Tiong Bahru selepas menampal pelekat DBS PayLah! di hadapan gerai. Pengunjung boleh mengimbas pelekat itu untuk membayar makanan mereka dan menerima subsidi. - Foto DBS
SUBSIDI MAKANAN: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah (kiri), dan pengurus DBS Singapura, Encik Shee Tse Koon (kanan), bergambar dengan seorang pemilik gerai penjaja di Pasar Tiong Bahru selepas menampal pelekat DBS PayLah! di hadapan gerai. Pengunjung boleh mengimbas pelekat itu untuk membayar makanan mereka dan menerima subsidi. - Foto DBS -

WARGA Singapura berpeluang menikmati pulangan tunai sehingga $3 apabila mereka membeli hidangan di pusat penjaja menggunakan aplikasi DBS PayLah! mulai Jumaat, 10 Februari ini.

Program yang akan berakhir pada 19 Januari 2024, boleh digunakan di 11,600 gerai penjaja yang menayangkan kod SGQR di seluruh pulau dan akan tersedia kepada 100,000 pengguna PayLah! pertama dari 6 pagi setiap Jumaat.

Dipanggil 'DBS 5 Million Hawker Meals', program itu bertujuan meringankan tekanan inflasi yang terus meningkatkan harga makanan.

Dari 10 Februari 2023 hingga 19 Januari 2024, penduduk boleh menikmati subsidi $3 apabila mereka menggunakan aplikasi DBS PayLah! untuk mengimbas dan membayar makanan mereka.

Subsidi dihadkan kepada 100,000 pengguna pertama setiap hari Jumaat antara 6 pagi dan 11:59 malam di salah satu 11,600 gerai penjaja yang ada SGQR di serata Singapura.

Semasa acara pelancaran semalam di Pasar Tiong Bahru, bengkel literasi digital telah diadakan untuk mengajar pengguna cara mengakses subsidi.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, menyertai kakitangan DBS dan duta digital Pejabat Digital Singapura pada acara pelancaran untuk meningkatkan kesedaran tentang inisiatif itu.

Cik Indranee, yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), berkata program itu akan menyediakan insentif kewangan kepada warga emas untuk mempelajari kemahiran digital.

"Sedang negara kita semakin maju, kami tahu bahawa pendigitalan adalah sebahagian daripada kehidupan seharian dan kami tidak mahu warga tua kami ketinggalan," jelas Cik Indranee.

Selain daripada meningkatkan kemahiran pendigitalan warga emas, pengurus DBS Singapura, Encik Shee Tse Koon, berkata inisiatif itu bertujuan mengurangkan tekanan inflasi bagi pengguna.

"Dengan inflasi yang berterusan dan peningkatan kos sara hidup, kami memahami kebimbangan dalam kalangan rakyat Singapura dan penduduk.

"Kami mahu melakukan apa yang kami mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat supaya mereka dapat menguruskan perbelanjaan harian mereka dengan lebih baik.

"Dengan inisiatif ini, kami juga dapat memberi sokongan kepada penjaja kami di mana ini adalah mata pencarian mereka. Penjaja adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita," kata Encik Shee.

Usaha berterusan untuk memacu penggunaan digital di seluruh negara telah menyebabkan lebih ramai orang memilih pembayaran digital di pusat penjaja.

Sejak 2020, apabila pemerintah mula-mula melancarkan Program Hawkers Go Digital, bilangan transaksi SGQR di gerai yang mengambil bahagian telah meningkat.

Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan masyarakat yang kurang pengetahuan dalam hal pembayaran digital.

Oleh itu, DBS/POSB bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan pertubuhan akar umbi akan membantu mereka menjadi lebih selesa menggunakan pembayaran digital.

"Memandangkan teknologi terus berkembang dan menjadi sebahagian besar dalam kehidupan seharian, kami perlu memastikan golongan yang kurang selesa dengan perkhidmatan digital diberi sokongan untuk membina keyakinan dan kemahiran mereka.

"Ini telah menjadi keutamaan kami selama bertahun-tahun dan kami terus meningkatkan usaha kami untuk memastikan semua mendapat manfaat," tambah Encik Shee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg