Premium
Dapat makanan percuma di bawah program kejiranan
Mar 24, 2017 | 5:30 AM
MEMBANGKIT 'SEMANGAT KAMPUNG': (Dari kiri) Encik Mohd Tahir Omar, pemilik kedai makan Muhajirin, merupakan antara pegerai makanan yang menyokong usaha program baru membantu memberi makanan percuma kepada penduduk seperti Cik Rubiah Hussein dan cucunya, Nazarul Faiq (kanan). Bersama mereka ialah AP GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat. - Foto FAKHRURADZI ISMAIL -
SETIAP hari, dari Isnin hingga Jumaat, Cik Rubiah Hussein akan ke Pusat Makanan Kim Keat Palm ataupun kedai kopi di Lorong 7 Toa Payoh untuk mendapatkan juadah makan tengah hari yang diberikan secara percuma.
Cik Rubiah, 65 tahun, merupakan antara 30 penduduk Toa Payoh East Novena (TEN) yang dipilih untuk menerima bantuan di bawah program baru kawasan kejiranan itu yang dikenali sebagai 'TEN Hot Meals'.

