Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daging korban dibekukan di Australia, dihantar ke Palestin

Di Singapura ibadah korban akan dijalankan pada 17 Jun 2024 di Masjid Petempatan Melayu Sembawang
May 10, 2024 | 5:30 AM
Pergas, melalui anak syarikatnya, Pergas Investment Holdings (PIH), telah menganjurkan ibadah korban di Lebanon pada tahun 2023. 
Pergas, melalui anak syarikatnya, Pergas Investment Holdings (PIH), telah menganjurkan ibadah korban di Lebanon pada tahun 2023.  - Foto PIH

Dengan pengalaman menguruskan ibadah korban melebihi 30 tahun, Pergas, melalui anak syarikatnya, Pergas Investment Holdings (PIH), pada tahun 2024 ini menawarkan korban di 10 tempat berbeza. Tempat yang dipilih adalah berdasarkan keperluan yang tinggi oleh penduduk negara tersebut.

Selama lima tahun berturut-turut, PIH telah menawarkan daging korban kepada pelarian Syria atau Palestin di kem pelarian di Lebanon. Korban itu dijalankan dengan kerjasama badan kemanusiaan di sana pada harga $255 bagi setiap ekor kambing biri-biri yang disembelih di Australia.

Demi memastikan bantuan makanan berterusan buat penduduk dan pelarian, PIH menawarkan peserta penyembelihan haiwan korban di Australia pada harga $330, dengan dagingnya kemudian dibekukan dan dieksport ke Palestin sekitar tiga bulan kemudian.

Peserta korban juga boleh memilih untuk menerima sepertiga daging korban tersebut di Singapura dan mengagihkan bakinya ke Palestin atau mengagihkan keseluruhan daging tersebut di Palestin.

“Dengan keadaan yang dihadapi oleh penduduk Palestin, ia amat memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Saya yakin dengan pelaksanaan korban yang saya pilih untuk penduduk di sana walaupun kecil, tidak banyak sedikit ia dapat membantu mereka,” kata Cik Siti Aisyah Afri, peserta ibadah korban pada tahun ini.

Bagi peserta yang ingin menerima daging korban, PIH menawarkan dua pilihan korban iaitu penyembelihan yang dilaksanakan di Australia pada harga $330 hingga $350 atau penyembelihan kambing biri-biri secara langsung di Singapura pada harga $667 yang akan dijalankan pada 17 Jun ini di Masjid Petempatan Melayu Sembawang.

Tempat lain termasuk Bangladesh, Indonesia, Kemboja, Malawi, Uganda dan Yaman. Peserta korban boleh memilih haiwan korban yang merangkumi kambing, kambing biri-biri atau lembu.

Tempahan ibadah korban bersama PIH dibuka sehingga 10 atau 12 Jun ini.

Semua peserta korban akan menerima e-sijil sebagai bukti dan gambar/video tempat korban tertentu.

Layari laman www.pergasinvestment.sg untuk membuat tempahan atau hubungi 9100-4251 untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg