SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Cuba sogok pekerja bank: Lelaki didenda $3,500

Cuba sogok pekerja bank: Lelaki didenda $3,500

May 12, 2023 | 5:30 AM

Cuba sogok pekerja bank: Lelaki didenda $3,500

1b86bef6-2e50-4dd5-a9bf-1ed9b7ee61b2
-

SELEPAS diumumkan bahawa wang kertas $1,000 tidak akan dikeluarkan lagi, seorang pengurup wang ingin meraih keuntungan dengan mendapatkan wang kertas tersebut dan menjualnya kepada pengumpul pada harga yang lebih tinggi.

Ahamed Sahib Ziaudeen Abdul Rahman, 47 tahun, menawarkan seorang kakitangan di cawangan Maybank komisen $2 hingga $3 untuk setiap wang kertas $1,000 yang diperolehi.

Dia juga mendekati rakan-rakan pengurup wang bagi nota ini. Dia akan menawarkan komisen sekitar $2 bagi setiap nota dan akan meraih keuntungan lebih tinggi dengan menjualnya pada harga $5 hingga $10 setiap nota kepada pelanggan.

Perkara itu dirujuk kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Pada Rabu, Ahamed Sahib didenda $3,500 selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan rasuah.

Dia merupakan pemilik tunggal $&C Xchange Centre, yang ditubuhkan pada 2018, dan bekerja di kedai pengurup wang itu di tingkat satu People's Park Centre.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg