CPIB pasti fakta lebih lengkap sebelum dedah Iswaran ditangkap: Chun Sing
Premium
CPIB pasti fakta lebih lengkap sebelum dedah Iswaran ditangkap: Chun Sing
Aug 2, 2023 | 8:18 PM
BERI PENJELASAN: Menurut Encik Chan, CPIB mempunyai ‘sebab munasabah’ untuk tidak mendedahkan nama individu yang sedang disiasat atau telah diberkas. - Foto MCI
Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) tidak mendedahkan penangkapan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran lebih awal kerana mahu mendapatkan fakta lebih lengkap mengenai kes itu.
Menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, biro tersebut ingin mendengar keterangan Encik Iswaran terlebih dahulu sebelum mendedahkan butiran lanjut mengenai penglibatannya.

