Covid-19: MOH siasat 7 individu di Pelabuhan Perikanan Jurong; orang ramai dinasihati tidak rebut beli ikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: MOH siasat 7 individu di Pelabuhan Perikanan Jurong; orang ramai dinasihati tidak rebut beli ikan

Jul 17, 2021 | 3:49 PM

Covid-19: MOH siasat 7 individu di Pelabuhan Perikanan Jurong; orang ramai dinasihati tidak rebut beli ikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto BH oleh CHA HAE WON
Foto BH oleh CHA HAE WON -

SEHINGGA Jumaat (16 Julai), Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat tujuh kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan individu di Pelabuhan Perikanan Jurong.

Premis itu sudah ditutup bagi kerja pembersihan terperinci hingga 31 Julai, jelas MOH dalam kenyataannya pada Sabtu (17 Julai).

Semua individu yang bekerja di Pelabuhan Perikanan Jurong antara 3 hingga 16 Julai sudah dikuarantin. Operasi Ujian Khas pula diteruskan bagi semua pengunjung pelabuhan itu dalam tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat penularan virus dari Pelabuhan Perikanan Jurong ke Pasar Hong Lim dengan risiko jangkitan virus ke pasar lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH telah berurusan dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagi menjalankan ujian ke atas penjual ikan dari semua pasar di pusat ujian serta mengedarkan kit Ujian Pantas Antigen kepada mereka agar mereka dapat memantau kesihatan mereka sendiri. Keterangan mengenai perkara ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

MOH juga berpesan agar orang ramai tidak perlu terburu-buru membeli ikan. Ia juga manasihati semua pengunjung pasar agar mengelakkan kesesakan dan membeli barangan pasar di luar waktu sibuk atau di pasar raya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar peka dengan langkah pengurusan keselamatan dengan memastikan jarak selamat 1 meter daripada pengunjung lain diperhatikan di samping penggunaan pelitup yang betul sewaktu ke pasar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg