Premium
Chee Meng belajar anyam kelongsong ketupat
Jun 15, 2018 | 5:30 AM
PAYAH TETAPI SERONOK: Encik Ng Chee Meng menyertai satu sesi bersama para relawan Pusat Pekerja Domestik baru-baru ini untuk belajar cara menganyam kelongsong ketupat. - Foto NTUC -
KETUPAT sememangnya sinonim dengan Hari Raya, dengan hidangan tradisional itu pasti menjadi penyeri meja makan semasa perayaan tersebut.
Dalam usaha mengenali lebih lanjut makanan tradisional Melayu itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Ng Chee Meng, menyertai satu sesi menganyam kelongsong ketupat bersama relawan Pusat Pekerja Domestik (CDE) untuk belajar membuat kelongsong makanan tradisional Hari Raya itu baru-baru ini.

