SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ceria sempena CNY bagi penduduk Teck Ghee

Ceria sempena CNY bagi penduduk Teck Ghee

Jan 28, 2024 | 4:30 PM

Ceria sempena CNY bagi penduduk Teck Ghee

AGIH PAKET MERAH: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong memberi paket merah kepada seorang penduduk Teck Ghee sempena menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.
AGIH PAKET MERAH: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong memberi paket merah kepada seorang penduduk Teck Ghee sempena menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. - Foto ST

Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, menjadi lebih meriah buat sekitar 500 penduduk warga senja dari kawasan perumahan Teck Ghee. 

Sempena perayaan itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, (gambar atas) telah mengagihkan paket merah yang mengandungi wang tunai dan baucar pasar raya kepada mereka di satu majlis jamuan sarapan di Kelab Masyarakat Teck Ghee pada 28 Januari. 

Selain paket merah itu, setiap warga senja juga diberikan pati ayam dan limau. 

Encik Lee, yang juga Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO), GRC Ang Mo Kio, turut mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan Kebun Baru untuk beramah mesra dengan penduduk dan penjaja. 

Acara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat Teck Ghee itu diadakan untuk menyebarkan keceriaan perayaan dalam kalangan warga senja semasa tempoh Tahun Baru.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg