Premium
Cenderahati NDP akan dikurangkan
Jun 6, 2020 | 5:30 AM
BEG CENDERAHATI NDP: Jawatankuasa eksekutif NDP akan menghasilkan beg cenderahati Beg Singapura Bersama buat 80 peratus isi rumah di sini tahun ini. Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata jumlah beg cenderahati NDP yang dihasilkan tahun ini akan dikurangkan selepas mengambil kira maklum balas sesetengah rakyat Singapura yang tidak memerlukannya. - Foto CHANGE.ORG -
JUMLAH beg cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang dihasilkan tahun ini akan dikurangkan selepas mengambil kira maklum balas daripada sebahagian rakyat Singapura yang berkata mereka tidak memerlukannya, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Heng.
Jawatankuasa eksekutif (Exco) NDP akan menghasilkan beg cenderahati Beg Singapura Bersama buat sekitar 80 peratus isi rumah, yang menurut Dr Ng adalah mencukupi berdasarkan pengalaman masa lalu.

