Premium
Buta sebelah mata, namun lulus Poly
May 21, 2018 | 5:30 AM
TERANG HATI: Walau mata kiri buta sepenuhnya dan mata kanan pula sekadar melihat cahaya dan bayangan, namun, Cik Siti Sakinah, bekas pelajar Politeknik Nanyang (NYP), tetap berjaya memperolehi Gred Purata Mata (GPA) 3.42 bagi Diploma dalam Pengurusan Perniagaan selain Gred 6 bagi piano. Belliau diapit ibu bapanya, Encik Zainal Osman dan Cik Rubiah Ghazali. - Foto BH oleh ALVIN HO -
DILAHIRKAN dengan kurang daya penglihatan, Cik Siti Sakinah Zainal, 22 tahun, mungkin tidak dapat melihat dunia ini dengan jelas.
Walaupun beliau buta sepenuhnya di mata kiri dan hanya dapat melihat cahaya dan bayangan di mata kanannya, Cik Sakinah tetap bersemangat dan tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan berjaya.

