Buku masyarakat Bawean SG di katalog varsiti antarabangsa
Premium
Buku masyarakat Bawean SG di katalog varsiti antarabangsa
Jun 9, 2017 | 5:30 AM
REDAKSI BUKU 'MASYARAKAT BAWEAN SINGAPURA LA-A-OBE': (Duduk dari kiri) Cik Sundusia, Haji Asmawi Majid dan Haji Faizal serta (berdiri dari kiri) Haji Mohd Seain, Cik Rohanah Pagi, Cik Nurul Sa'adah Mohammad Seain dan Haji Morni Sulaiman. - Foto SAINI SALLEH -
BUKU terbitan Persatuan Bawean Singapura (PBS) berjudul Masyarakat Bawean Singapura: La-A-Obe sekarang tersenarai sebagai bahan rujukan di perpustakaan tiga universiti ulung dunia di Belanda, Britain dan Amerika Syarikat.
Pemeriksaan katalog perpustakaan di Universiti Leiden di Belanda, Universiti Yale di Amerika dan Sekolah Pengajian Ketimuran dan Asia (SOAS) di Universiti London menunjukkan buku tersebut tersenarai sebagai bahan rujukan untuk sarjana yang menjalankan kajian mengenai masyarakat imigran Asia atau Asia Tenggara.

