Premium
Buku iktiraf bakti anggota NS Home Team
Nov 4, 2017 | 5:30 AM

BUKU TAMPILKAN KISAH ANGGOTA NS SPF DAN SCDF: PM Lee (kanan) melancarkan buku yang ditulis khas untuk mengiktiraf sumbangan anggota NS Home Team di Istana semalam. Memegang buku bersama beliau ialah Encik Shanmugam. - Foto BH oleh DESMOND WEE -
BUKU yang mengiktiraf dan mengenang sumbangan anggota Perkhidmatan Negara (NS) Home Team dilancar semalam, sebagai kemuncak sambutan ulang tahun ke-50 NS yang bermula tahun lalu.
Berjudul Everyday Guardians (Pelindung Setiap Hari), buku yang menampilkan kisah anggota NS Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) itu dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu majlis jamuan malam di Istana.

