Premium
Buka firma sendiri selepas 14 tahun timba pengalaman
Jan 6, 2019 | 5:30 AM
MINAT MENDALAM DALAM KEJURUTERAAN: Encik Lim Sing Tian (duduk) bersama Encik Raymond Gan menguruskan firma kejuruteraan GL Engineering and Construction Pte Ltd dengan baik ekoran minat yang mendalam dalam industri tersebut. - Foto BH oleh KHALID BABA -
Dalam dunia global yang semakin berkembang pesat hari ini, kerjaya sebagai jurutera merupakan antara bidang yang sentiasa diperlukan. Mempelajari jurusan kejuruteraan semasa di institut pengajian tinggi juga mempunyai manfaatnya. Malah jika seseorang itu tidak menjerumuskan diri dalam bidang ini, pendidikan kejuruteraan yang dilalui boleh digunakan untuk meluaskan cabang meneroka peluang pekerjaan lain, di luar industri kejuruteraan. Wartawan Berita Minggu melaporkan.
SELEPAS bekerja dalam bidang kejuruteraan selama 14 tahun, akhirnya Encik Lim Sing Tian mengambil keputusan untuk membuka firma kejuruteraannya sendiri.

