Topic followed successfully
Go to BHkuBubur percuma diagih, hidupkan suasana Wisma Geylang Serai
Bubur percuma diagih, hidupkan suasana Wisma Geylang Serai
Bubur percuma diagih, hidupkan suasana Wisma Geylang Serai
Dalam menyebarkan keceriaan Ramadan, sebanyak 1,000 mangkuk bubur berserta biskut dan keropok diagihkan kepada orang ramai, tidak kira bangsa dan agama, yang melalui Wisma Geylang Serai (WGS) pada 23 Mac.
Ini merupakan minggu ketiga usaha itu dijalankan bagi menghidupkan Jalur Budaya Geylang Serai (GSCB), dengan kerjasama 13 kumpulan penunggang motosikal yang telah menabur bakti.
Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Fahmi Aliman, dan pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Geylang Serai, Encik Mohamed Zailani Mohamed Said turut turun padang untuk bertemu penduduk dan menyingsing lengan bagi menjayakan acara tersebut.

