Premium
Tiga pemain Spurs semarak usaha amal
Moussa Sissoko, Christian Eriksen dan Lucas Moura seri acara anjuran AIA Singapore di Hab Sukan Singapura bagi sokong pendidikan dan kanak-kanak memerlukan dari Children's Wishing Well
Jul 24, 2019 | 5:30 AM
USAHA MURNI: Para pemain bola sepak Tottenham Hotspur (di barisan belakang) bergambar dengan kanak-kanak Children's Wishing Well, yang merupakan pertubuhan kebajikan yang mendapat sokongan AIA Singapore. Acara berlangsung pada Sabtu lalu di Hab Sukan Singapura. - Foto AIA SINGAPORE -
KEMERIAHAN dan kerancakan temasya Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) tahun ini menjadi lebih bermakna apabila tiga bintang bola sepak Tottenham Hotspur terlibat dalam acara mencari dana untuk dimanfaatkan pertubuhan Children's Wishing Well.
Menerusi acara unik anjuran AIA Singapore Sabtu lalu, bintang bola sepak kelab tersebut - Moussa Sissoko, Christian Eriksen, Lucas Moura dan pemain terbaharu mereka, Tanguy Ndombele - tampil dalam sesi menendang bola secara bersambung melibatkan 100 orang lain, dengan acara itu berjaya ditamatkan dalam tempoh sesingkat 123 saat.

