SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Blogger Amos Yee, timbang rayuan bagi tuduhan pornografi kanak-kanak di AS

Blogger Amos Yee, timbang rayuan bagi tuduhan pornografi kanak-kanak di AS

Nov 13, 2021 | 2:53 PM

Blogger Amos Yee, timbang rayuan bagi tuduhan pornografi kanak-kanak di AS

Amos Yee, 23 tahun, dituduh mendapatkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak pada Oktober tahun lalu.
Amos Yee, 23 tahun, dituduh mendapatkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak pada Oktober tahun lalu. - Chicago Police

Blogger warga Singapura, Amos Yee, yang berdepan dakwaan berkaitan pornografi kanak-kanak di sebuah mahkamah Amerika Syarikat dan ditawarkan satu perjanjian rayuan bulan lalu, telah diberikan sebulan untuk menimbangkan tawaran itu.

Semasa satu pembicaraan di sebuah mahkamah di Chicago pada pagi Jumaat (12 November), peguam Yee berkata anak guamnya itu "meminta masa tambahan untuk berbincang dengan orang tersayang mengenai tawaran itu".

Seorang pendakwa khas bersetuju untuk memberi tempoh sebulan, kata peguam Yee, seorang peguam bela awam dilantik mahkamah. Beliau tidak memberikan sebarang butiran mengenai perjanjian itu.

Hakim Cook County, Carol Howard berkata Yee tidak sepatutnya mengambil selama sebulan untuk membincangkan hal itu dengan orang rapat.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember sebagai tarikh perbicaraan seterusnya.

Yee, 23 tahun, dituduh mendapatkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak pada Oktober tahun lalu serta dipercayai bertukar-tukar gambar bogel dan "ribuan" pesanan dengan seorang remaja Texas berusia 14 tahun semasa di Chicago.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg