Bimbingan keluarga, bijak urus diri antara punca jaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bimbingan keluarga, bijak urus diri antara punca jaya

Jun 18, 2024 | 5:30 AM

Bimbingan keluarga, bijak urus diri antara punca jaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ibu dan nenek kepada Abdullah Syukri Muhammad Hasyim Masnin, 13 tahun (tengah), iaitu Cik Mardhiyah Md Yusoff (kiri) dan Cik Safiaton Alias (kanan), yang bersinar bangga bersama Anugerah Madrasah LBKM kategori PSLE yang diraih pada 24 Mei lalu.
Ibu dan nenek kepada Abdullah Syukri Muhammad Hasyim Masnin, 13 tahun (tengah), iaitu Cik Mardhiyah Md Yusoff (kiri) dan Cik Safiaton Alias (kanan), yang bersinar bangga bersama Anugerah Madrasah LBKM kategori PSLE yang diraih pada 24 Mei lalu. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Menetapkan matlamat sendiri, mampu menguruskan masa dengan baik dan gemar kepada nombor sejak kecil.

Ini merupakan ciri-ciri yang ada dalam diri Abdullah Syukri Muhammad Hasyim Masnin, 13 tahun, pemenang Anugerah Madrasah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) bagi kategori Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dari Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Abdullah Syukri menerima anugerah itu pada 24 Mei lalu dan hadir bersama ibunya, Cik Mardhiyah Md Yusoff, dan neneknya, Cik Safiaton Alias.

“Keluarga saya telah menyokong saya sepanjang masa dan setiap kali saya memerlukan bantuan dan juga memberi nasihat,” kata Syukri tentang sumbangan keluarganya apabila diwawancara Berita Harian (BH).

Apabila ditanya mengenai nasihat yang diberi ibu bapanya, Abdullah Syukri berkata mereka sering mengingatkannya bahawa menuntut ilmu itu kerana dan untuk mengenal Allah swt.

Abdullah Syukri menjadikan Al-Quran dan Matematik sebagai dua subjek kegemarannya, dengan berkata:

“Menghafal Al-Quran membantu saya untuk sentiasa berhubung dengan Allah.”

Selain itu, Abdullah Syukri juga menyertai beberapa pertandingan nasional bagi Matematik dan meraih pingat perak dan gangsa semasa dia berada di Darjah Tiga dan Enam.

Ibunya mula melihat tanda anaknya itu mahir lebih dari umurnya dalam bidang Matematik sejak kecil lagi, dengan memberikan contoh:

“Dia meluangkan masa melakukan permainan Sudoku. Malah, Sudoku yang saya tidak dapat selesaikan, dia boleh selesaikan.”

Pelajar Menengah Satu itu ialah anak sulung dari empat adik-beradik, berumur antara enam dan 11 tahun.

Namun, keluarganya tidak memberi tekanan untuk belajar atau mengaturkan aktiviti harian.

Ditanya tentang persiapannya untuk peperiksaan PSLE, dia berkata:

“Saya menyusun jadual waktu untuk memastikan semua topik (PSLE) yang perlu dilengkapkan dalam buku penilaian saya.”

Ibu bapanya juga tidak pernah membandingkan anak-anak mereka, dengan mengatakan mereka “ada cara dan kemampuan pelajaran yang tersendiri.”

“Kami tidak memaksa anak-anak kami. Yang penting usaha, saya tidak akan memarahi mereka jika gagal, tetapi saya akan memarahi mereka jika mereka tidak berusaha,” tambah Cik Mardhiyah lagi.

Abdullah Syukri menerima Anugerah Madrasah LBKM kategori PSLE bernilai $500 dan baucar buku bernilai $200.

Selain pelajaran akademik dan agama, Abdullah Syukri juga aktif dalam aktiviti luar kelas, terutamanya sebagai ahli kelab perpustakaan di sekolah.

“Saya belajar teknik bercerita, salah satunya ialah kad cerita kamishibai untuk diungkapkan dalam gambar dan cerita.

“Saya gemar membaca dan bermain mainan dalam talian Matematik, Koobits.”

Tambahan pula, Abdullah Syukri melibatkan diri dengan kerja sukarela seperti mengagihkan makanan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan perumahan sewa.

Dia juga membantu dalam kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak di kawasan-kawasan yang sama.

“Saya mahu mengajar agama kepada orang (lain), dengan akhlak dan untuk menjadi rakyat Singapura yang berbakti kepada masyarakat.”

Harapan ibu Syukri, Cik Mardhiyah, untuk anaknya:

“Saya berharap dia kekal konsisten untuk meneruskan apa yang dia telah (lakukan) dalam menimba ilmu.

“Menjadi seseorang yang bermanfaat kepada masyarakat, memberi manfaat kepada manusia dengan mengajar agama, itu akan membantu kita memahami tujuan kita di dunia dan akhirat.”

“Saya mahu mengajar agama kepada orang (lain), dengan akhlak dan untuk menjadi rakyat Singapura yang berbakti kepada masyarakat.”
Abdullah Syukri Muhammad Hasyim Masnin, 13 tahun, pemenang Anugerah Madrasah LBKM bagi kategori PSLE dari Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg