BH 'Turun Padang' di Bazar Raya
Apr 22, 2023 | 5:30 AM
Sekitar 1,500 pengunjung telah menyertai tinjauan BERITA HARIAN sepanjang tiga minggu di reruai BHazar BH yang terletak di Wisma Geylang Serai (WGS). Pengunjung yang datang ke reruai tersebut juga telah dihiburkan dengan acara-acara menarik yang berlangsung sepanjang tiga hujung minggu Ramadan. Di antaranya adalah persembahan oleh kugiran Masdo dari Malaysia dan acara podcast #NoTapis Extra Time, yang dirakam secara langsung bersama juara dunia pencak silat dan pemenang pingat emas di Sukan SEA 2022, Nurul Suhaila Mohd Saiful.

