Premium
Bersyukur lihat penerima dana tampil hulur bantuan
Selepas dimulakan 14 tahun lalu, Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) terus dimanfaatkan anak-anak dari keluarga pesalah dadah
Dec 15, 2019 | 5:30 AM
JASA AYAH: Ayahnya, Allahyarham Harun Abdul Ghani, yang gambarnya di buku yang dipegang Cik Haslinda (kiri), merupakan antara orang yang mendorongnya untuk teruskan usaha membantu anak-anak pesalah dadah. -
Seringkali keluarga yang ditinggalkan perlu menanggung beban dan derita apabila pesalah dadah diheret masuk ke penjara. Namun, kehidupan keluarga pesalah dadah boleh diubah jika terdapat bimbingan dan bantuan yang betul. Misalnya, Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) yang membantu keluarga pesalah dadah menerusi pendidikan. BERITA MINGGU menyorot kisah dua individu yang telah tersentuh oleh HGEF dan kini merupakan warga yang menyumbang dalam kerjaya masing-masing.
MULA-MULA, ia diperkenalkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak pesalah dadah supaya mereka terus tetap berada di sekolah.

