Topik diikuti
Pergi ke BHkuBersama rakan lain, tekad bina masa depan lebih baik bagi warga
1 of 5
Bersama rakan lain, tekad bina masa depan lebih baik bagi warga
ENCIK Heng Swee Keat melahirkan keyakinan bahawa beliau dan rakan anggota Kabinet lain bersatu padu dalam matlamat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura dengan sebaiknya.
Encik Heng - yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri (DPM) bulan depan - turut melahirkan rasa besar hati dengan kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta rakan Kabinet bagi pelantikan baru itu.
