Premium
Bermotosikal demi amal
Oct 30, 2017 | 5:30 AM

ACARA DITERUSKAN: Meskipun hujan, 300 penunggang motorsikal kumpulan Riders Aid meneruskan perjalanan dari Masjid Al-Istighfar ke Loyang Tua Pek Kong. Menaiki motor Harley Davidson di tempat duduk pembonceng ialah Encik Harmizan Abdul Hamid. - Foto LIM SIN THAI -
HUJAN lebat sedikit pun tidak mematahkan semangat berkobar-kobar 300 penunggang motosikal daripada kumpulan Riders Aid dalam usaha mereka mengumpul dana demi amal.
Dari Masjid Al-Istighfar hinggalah ke Loyang Tua Pek Kong di Loyang Way, mat-mat motor pelbagai bangsa dan agama daripada lebih 20 kelab telah bersatu bagi acara Bermotosikal Keharmonian Kaum, anjuran Riders Aid, semalam.

