SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Beratur dapatkan vaksin Sinovac

Beratur dapatkan vaksin Sinovac

Jun 22, 2021 | 5:30 AM

Beratur dapatkan vaksin Sinovac

- Foto BH oleh LIM YAOHUI
- Foto BH oleh LIM YAOHUI -

ORANG ramai dilihat beratur di luar klinik Doctors for Life Medical di 3 Pickering Street semalam.

Klinik itu salah satu daripada 24 klinik jagaan kesihatan privet yang yang dibenarkan pemerintah untuk memberikan vaksin Covid-19 Sinovac sejak 18 Jun lalu.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Kementerian Kesihatan berkata 24 klinik itu dipilih kerana disifatkannya berupaya memberikan vaksin secara selamat, teratur dan berkesan.

Mereka dibenarkan mengambil vaksin - daripada bekalan sedia ada yang dimiliki pemerintah - bagi kegunaan warga Singapura, penduduk tetap dan pemilik pas jangka panjang.

Orang ramai tidak seharusnya dikenakan bayaran bagi vaksin itu, tetapi akan dikenakan bayaran pentadbiran, termasuk kos bertemu doktor dan GST, kata MOH. Mereka boleh menjangka membayar antara $10 dengan $25 bagi setiap dos.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg