Topik diikuti
Pergi ke BHkuBekas polis bantuan dijel kerana halang proses keadilan

Bekas polis bantuan dijel kerana halang proses keadilan
BEKAS pegawai polis bantuan membantu seorang teman sekerja membuang peluru yang telah dilepaskan untuk melindunginya daripada didakwa kerana melakukan tindakan terburu-buru yang mengancam nyawa.
Muhammad Dzul Adhar Azmi, 22 tahun, yang berpangkat koperal ketika itu dengan Certis Cisco, dipenjara tiga minggu semalam kerana sengaja menghalang proses keadilan dan didenda $2,000 atau penjara seminggu, kerana gagal melaporkan kesalahan yang dilakukan Gregory Lai Kar Jun, 23 tahun, di Pusat Pemeriksaan Tuas.
