SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bekas pensyarah mengaku salah lontar kata-kata perkauman, miliki video lucah

Bekas pensyarah mengaku salah lontar kata-kata perkauman, miliki video lucah

Nov 18, 2022 | 5:30 AM

Bekas pensyarah mengaku salah lontar kata-kata perkauman, miliki video lucah

TAN BOON LEE
TAN BOON LEE -

SEORANG bekas pensyarah kanan Politeknik Ngee Ann semalam mengaku bersalah kerana melontarkan kata-kata berbaur perkauman kepada satu pasangan berlainan bangsa.

Kejadian yang berlaku pada tahun lalu itu dirakam dalam video dan menjadi tular.

Tan Boon Lee, 61 tahun, mengaku bersalah kepada dua dakwaan - satu tuduhan menyakiti perasaan perkauman seseorang individu dan satu lagi kerana memiliki filem lucah. Dua dakwaan lain dipertimbangkan, lapor akhbar The Straits Times.

Pada 5 Jun 2021, Tan, warga Singapura yang ketika itu pensyarah dalam jabatan kejuruteraan Politeknik Ngee Ann, mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Encik Dave Parkash, 26 tahun, di daerah Angullia Park di Orchard Road.

Encik Parkash, warga Singapura yang berbangsa separuh India dan separuh Filipina, bersama teman wanitanya pada masa itu.

Pasangan itu sedang berjalan ke arah tempat meletak kereta di Orchard Boulevard apabila Tan bertemu mereka dan mengeluarkan komen bahawa ia suatu "keaiban (bahawa) seorang lelaki India adalah bersama seorang perempuan Cina."

Teman wanita Encik Parkash, yang berbangsa separuh Thai dan separuh Cina Singapura, merakam konfrontasi yang menyusul, dan video tersebut menjadi tular di media sosial setelah beliau mengongsinya di Facebook.

Dalam video tersebut, Tan menuduh Encik Parkash "memangsai gadis Cina." Dia juga berkata wanita Cina tidak sepatutnya bersama lelaki India.

Sekitar sebulan setelah kejadian di Orchard Road itu, Tan meminta maaf secara rasmi di Facebook.

Secara berasingan, pada Jun tahun lalu, polis menemui 64 video lucah dalam telefon Tan. Video tersebut menunjukkan wanita terlibat dalam perbuatan seksual, yang dimuat turun daripada sumber dalam talian atau dihantar rakan-rakannya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg