Topik diikuti
Pergi ke BHkuBekas pengurus besar Majlis Bandaran AMK, pengarah syarikat akui bersalah kes rasuah
Bekas pengurus besar Majlis Bandaran AMK, pengarah syarikat akui bersalah kes rasuah
SEPANJANG dua tahun, seorang pengurus besar majlis bandaran dibelanja sesi karaoke - termasuk minuman alkohol, tip bagi kakitangan dan kalungan bunga bagi penyanyi lounge - oleh pengarah dua syarikat binaan.
Wong Chee Meng, 59 tahun, juga menerima rasuah lain daripada Chia Sin Lan, 63 tahun, termasuk diskaun $13,500 bagi sebuah kereta terpakai dan pindahan dana sebanyak hampir $27,800 kepada perempuan simpanannya di China.
