Topik diikuti
Pergi ke BHkuBekas editor TRS, Ai Takagi, dipenjara 10 bulan kerana menghasut
Bekas editor TRS, Ai Takagi, dipenjara 10 bulan kerana menghasut
Bekas editor TRS, Ai Takagi, dipenjara 10 bulan kerana menghasut
Ai Takagi dituduh berkaitan artikel yang dikatakan menggalak niat jahat dan permusuhan antara kaum dan golongan berlainan di Singapura. - THE STRAITS TIMES
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 23, 2016 | 11:31 AM
BEKAS editor laman web The Real Singapore (TRS), Ai Takagi, dipenjara 10 bulan kerana empat pertuduhan di bawah Akta Hasutan pada pagi Rabu (23 Mac).
Warga Australia itu dikenakan tujuh pertuduhan hasutan berkaitan artikel yang disiarkan dalam TRS antara Oktober 2013 dan Februari tahun lalu, yang dikatakan menggalak niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan berlainan di Singapura.
