SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bekalan elektrik terputus turut jejas hospital di Jurong East

Bekalan elektrik terputus turut jejas hospital di Jurong East

Sep 18, 2018 | 3:09 PM

Bekalan elektrik terputus turut jejas hospital di Jurong East

TURUT TERJEJAS: Hospital Besar Ng Teng Fong (gambar atas) dan Hospital Masyarakat Jurong turut terjejas akibat bekalan elektrik yang terputus pada awal pagi 18 September 2018.
TURUT TERJEJAS: Hospital Besar Ng Teng Fong (gambar atas) dan Hospital Masyarakat Jurong turut terjejas akibat bekalan elektrik yang terputus pada awal pagi 18 September 2018. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

BEKALAN elektrik terputus yang menjejas banyak kawasan di Singapura - dari Bedok ke Jurong - awal pagi tadi (18 September) turut menjejas Hospital Besar Ng Teng Fong dan Hospital Masyarakat Jurong di Jurong East.

Menurut akhbar The Straits Times, seorang jurucakap berkata:

"Mesin penjana kuasa hospital segera digunakan. Operasi dan penjagaan pesakit di kedua-dua hospital tidak terjejas.

"Langkah kontingensi sedemikian merupakan sebahagian pelan kesinambungan perniagaan kami untuk melindungi pesakit dan kakitangan serta mengurangkan gangguan kepada operasi hospital kami."

Menerusi satu kenyataan, pengendali khidmat elektrik SP Group berkata bekalan elektrik terganggu di 19 kawasan di negara ini pada 1.18 pagi dan menjejas hampir 150,000 orang.

Keadaan kembali pulih seperti biasa sekitar 38 minit kemudian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg