Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekalan ayam masih cukup...

Jun 1, 2022 | 5:30 AM
BEKALAN AYAM BERTERUSAN: Pemilik gerai Elly Sukma, Cik Elly Sukmawarni Sukardi, masih mempunyai bekalan ayam segar yang mencukupi untuk bertahan bagi tempoh waktu ini. - Foto BH oleh NATASHA MUSTAFA
BEKALAN AYAM BERTERUSAN: Pemilik gerai Elly Sukma, Cik Elly Sukmawarni Sukardi, masih mempunyai bekalan ayam segar yang mencukupi untuk bertahan bagi tempoh waktu ini. - Foto BH oleh NATASHA MUSTAFA -

BEBERAPA pasar raya dan pasar di sini terus memastikan mereka mempunyai bekalan ayam yang mencukupi untuk menampung permintaan orang ramai.

Beberapa penjaja yang ditemui Berita Harian (BH) di Pasar Geylang Serai semalam menyatakan para pembekal mereka telah menyediakan ayam segar, ayam beku serta bahagian-bahagian ayam yang berlainan.

Ditanya sekiranya terdapat ramai orang yang membeli ayam secara berlebihan semalam, beberapa penjual yang ditemui BH berkata kebanyakan pembeli hanya mendapatkan jumlah ayam yang sederhana.

Beberapa hari sebelum ini, pasar dan pasar raya di sini menyaksikan penjualan ayam segar laris sejak apabila pelanggan berpusu-pusu membeli ayam.

Permintaan yang meningkat itu disebabkan pengumuman Malaysia bahawa ia akan menghentikan eksport sehingga 3.6 juta ekor ayam sebulan mulai hari ini sehingga harga domestik dan pengeluaran stabil.

Antara mereka yang masih menawarkan ayam segar sehingga semalam adalah pemilik gerai Elly Sukma, Cik Elly Sukmawarni Sukardi.

"Sementara ini, kami diberitahu pembekal kami masih mempunyai bekalan ayam yang dapat memasuki Singapura sebelum 1 Jun.

"Apa yang mereka lakukan adalah dengan menyimpan ayam di dalam peti ais supaya ia beku dan kami masih dapat terus menawarkan ayam tersebut kepada pelanggan kami," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg